Mungkin anda sering tertanya-tanya, adakah anda akan memperolehi fotograf yang baik seperti yang terdapat di dalam blog ini ? Jawapannya mudah sahaja. Anda akan memperolehi gambar yang baik seperti mereka.
Bagaimana kami dapat pastikan ianya terjadi ?
Apa yang kami akan lakukan ialah menjalinkan hubungan positif antara saya dan anda sebelum tiba hari hari besar anda. Mengapa ianya perlu ? dan bagaimana ia boleh berlaku ?
Sudah tentunya dengan pertemuan pertama kami dan anda.
Mengapa begitu ?
Setelah mengenali antara satu sama lain, ia secara tidak langsung dapat mengiratkan silaturahim antara kami dan anda. Perkara ini penting supaya kami dapat memahami anda dengan lebih dekat lagi. Bukan kami sahaja, malah anda sendiri dapat juga menegenali kami dengan lebih dekat juga mengikut perspektif anda.
Dengan cara ini kami akan mudah memahami setiap aturcara didalam majlis perkahwinan anda nanti. Maklumat sebegini sangat penting supaya kami tidak terlepas sebarang aturcara penting untuk di abadikan dalam bentuk gambar.
Begitu juga dengan pihak anda, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut pergerakkan dan apa yang kami lakukan semasa hari besar anda. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan dan memberi anda ruang untuk menyusun setiap langkah anda.
Segalanya amat mudah dan sekiranya berjalan dengan lancar, anda akan memperoleh fotografi yang anda inginkan untuk di abadikan sebagai kenangan terindah anda.
Hati ke hati..
Secara peribadinya tujuan kami melibatkan diri dalam bidang fotografi perkahwinan ini adalah untuk membuat pelanggan berasa gembira dan menjalin hubungan yang panjang antara kita semasa manusia. Harus diingat, keutamaan anda untuk memperoleh fotografi yang baik dan ini akan menjadi ingatan untuk dikenang hingga ke anak cucu anda kelak. Sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah. Abadikan ia kerana inilah satu-satunya kenangan yang tak mungkin berulang dihari hadapan anda.
Wassalam.