Walimah Zulaikha

Pada 14 Feb 2009 yang lalu, kami (aku dan wife aku aje) berpeluang menghadiri majlis perkahwinan rakan kami di Meru, Klang iaitu saudari Zulaikha. Dengan harapan yang tinggi, mengharapkan peluang untuk mengambil beberapa gambar untuk dirakamkan sempena perkahwinan beliau, malangnya kami hadir sehari awal sebelum majlis resepsi beliau. Kebetulan pula masa tu tengah berlangsung sesi fotografi beberapa persalinan (Thanks fotographer Bashapixchers, sempat juga beramah mesra dan mendapatkan tips-tips berguna dari orang lama hehe). Oleh kerana itu,  apa yang aku dapat cuma sekeping gambar ini sahaja (lagipun malas nak menyibuk masa fotographer tu sedang bekerja). Semuanya gara-gara tertinggal kad jemputan yang diberikan. Apa yang penting, kami telah selamat sampai dan dapat meraikan hari bersejarah Ika@Zulaika dan suaminya Fizi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s