Tahniah kepada kedua pasangan mempelai yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri baru-baru ini. Majlis telah selamat berlangsung di Felda Panching Selatan Kuantan. Manakala sesi fotografi outdoor telah dijalankan di kawasan perkelahan Air Terjun Sungai Pandan.
Kami dari Wedding Photographer Kuantan mengucapkan terima kasih kerana sudi mengundang kami sebagai pemottret di hari bahagia anda dan kami berdoa agar usia perkahwinan anda berkekalan hingga ke akhir hayat.