Terima kasih kepada Cikgu Nasa kerana menjemput saya untuk sama-sama shoot bagi majlis sambut menantu pasangan Tarjuddin dan Lina di Bukit Sekilau Kuantan. Sesi outdoor fotografi mereka telah dijalankan di Jeti Tanjung Lumpur. Sebenarnya buat masa ini saya kerap ke jeti tersebut untuk sesi fotoshot kerana kurang gangguan dari orang ramai berbanding dengan lokasi-lokasi popular yang lain di Kuantan. Ini kerana kebanyakkan sesi dijalankan pada waktu petang selepas solat asar hingga senja hari.
Kepada pasangan, saya dari Wedding Photographer Kuantan mengucapkan tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat.