Perkahwinan Eita dan Anip yang berlangsung di Sungai Ular Kuantan baru-baru ini. Keadaan cuaca yang mendung dari pagi hingga ke petang seakan-akan merestui majlis pernikahan dan persandingan pasangan mempelai ini. Majlis akan nikah telah dijalankan di masjid berhampiran, manakala sejurus selepas majlis pernikahan disebelah pagi, bersambung majlis persandingan disebelah petangnya.
Sesi outdoor telah dijalankan di pantai berhampiran. Kami akan upload foto-foto berkenaan dalam post akan datang. Buat pasangan, kami di Wedding Photographer Kuantan mengucapkan tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat.