Tahniah kepada pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan di Taman Tas Kuantan. bersesuaian yang majlis yang sederhana tetapi meriah, kami di Wedding Photographer Kuantan berbesar hati diundang sebagai official photographer atau jurugambar perkahwinan anda.
Pernikahan pasangan ini juga dilangsungkan di Masjid Taman Tas pada sebelah malam hari sebelum majlis resepsi berlangsung.
Sesi outdoor telah dijalankan di Esplanade Tanjung Api disebelah petangnya. Cuaca petang tersebut agak mendung kerana musim tengkujuh disebelah pantai timur telah tiba pada penghujung tahun.
Sekali lagi kami (WPK) mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa. Insyaallah mendapat keredhaan dari yang Maha Esa.
Deskripsi album adalah custom album saiz 10 x 24 inci.